Wednesday, 5 October 2011

Biodata Ramlee Awang Murshid

 
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang penulis novel dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. Ramlee Awang Murshid dilahirkan diPaparSabah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 22 buah novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta. Dilahirkan di daerah Papar, Sabahgenre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu pada tahun 1974-1979. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMM Sabah atau lebih dikenali sebagai  Sabah College pada tahun 1980-1984. Kemudian, pada tahun 1999- 2003 di ukm dalam bidang komunikasi.
 Antara anugerah yang penah dimenangi oleh beliau ialah memenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu, Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut. Seterusnya, tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Novel Pei Pan juga memenangi Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005. Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri, Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3) dan Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2010 menerusi Novel 9 Nyawa.
 Banyak novel- novel beliau telah diterbitkan oleh beberapa syarikat seperti alaf 21, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Utusan Publication. Antara novel- novelnya yang berjaya diterbitkan ialah seperti:

  1. Igauan Maut - Dewan Bahasa & Pustaka
  2. Anugerah Pertama - Creative Enterprise
  3. Pei Pan - Utusan Publications & Distributions
  4. Tombiruo - Alaf 21
  5. Semangat Hutan - Alaf 21
  6. Tombiruo Terakhir - Alaf 21
  7. Ranggau - Alaf 21
  8. Mandatori - Alaf 21
  9. ADAM - Alaf 21
  10. Satu Janji - Alaf 21
  11. Bagaikan Puteri - Alaf 21
  12. Rahsia Perindu - Alaf 21
  13. Hatiku Di Harajuku - Alaf 21
  14. Cinta Sang Ratu - Alaf 21
  15. Hijab Sang Pencinta - Alaf 21
  16. Ungu Karmila - Alaf 21
  17. Personal Justice (ADAM versi Inggeris)- Alaf 21
  18. Mikhail - Alaf 21
  19. 9 Nyawa - Alaf21
  20. Cinta Sufi - Alaf21
  21. Rayyan Fantasi - Alaf21 
  22. Sutera Bidadari - Alaf21 (Bakal Diterbitkan)

 


No comments:

Post a Comment