Wednesday 28 December 2011


Tuai padi yang ku tanam atas bukit

Longlai habis jiwa hamba sakit-sakit
Walau malang nasib hamba rasa cinta tidak mati
Kepadamu oh wahai tuan puteri
Walaupun aku bertepuk sendiri

Habis semua bahasa indah merayumu
Tak sepatah bahasa yang lembutkanmu
Terpaksalah aku akur bersama cinta yang hancur
Mungkin kerna saat dan detik ini
Si putera beraja di hati

Mengapakah... kekasih ku menyisih
Takkan kau tak nampak aku ini merintih
Mahu apa pada diriku ini
Sayangku padamu sudah melebihi

Memang ketara nampak genting
Kasihku ini hampir diranting
Terpaksalah walau diriku gering

Tuai padi orang curi
Kerna aku tiada sakti
Tak bermakna budi-budi
Yang kuhulur selama ini

Kajang hamba hanyalah mengkuang lalu
Masakan kau sudi beradu
Memang jelas kata orang
Kalau sayang pandang-pandang
Kalau benci samalah dengan aku
Memandang pun engkau tak mahu

Monday 26 December 2011

Revolusi Beruk

Sesungguhnya ilmu itu bukanlah kejahilan
akan tetapi ada ilmu yang bahayanya
lebih daripada kejahilan.
-Imam Al Ghazali

Raja Beruk termenung.Ekor panjangnya melilit di celah batang sambil tangannya yang berbulu itu memegang ranting dahan.

Dia termenung.Anak-anak buahnya bergayutan dari dahan ke dahan,berteriak,menjerit penuh riang.

“Nyet…nyet…nyet,”gegak-gempita,rimba raya ditusuk jeritan beruk-beruk hutan.Tapi Raja Beruk terus termenung…

“Mengapa paduka tuan?”tanya Menteri Beruk.

Diam..tiada jawapan.Raja Beruk terus diam.

“Mengapa paduka tuan?”Tanya Menteri Beruk sekali lagi.

“Aku risau…”sepatah jawab Raja Beruk.

Pokok ketapang tempat semayam Raja Beruk tetap tegap.Buah-buahan hutan hadiah anak buahnya tidak dijamah.

Menteri Besar terus tertanya-tanya.Apa dah jadi pada Rajanya?

Raja Beruk tetap risau.

“Apa khabar utusan-utusan yang kita tugaskan?”

“Sudah seminggu mereka tak balik-balik,Kakap belum balik

dari Selatan.Semik belum balik dari Barat,Koring belum sampai dari Timur…Mana Sigah dari Utara?”keluh Raja Beruk.

“Jangan risau tuanku ,mereka pasti balik”,pujuk Menteri Beruk.

“Itu aku tahu tetapi berapa lama?”bentak Raja Beruk dengan nada tinggi.Marah nampaknya dia,

“Mana manuskrip itu? Cuba bacakan sekali lagi!”perintah Raja Beruk.Memanda Menteri mencapai kertas keramat yang dimaksudkan.Dikeluarkan dari celah banir pokok yang terlindung dengan daun-daun kayu.Dalam hati Memanda Menteri Beruk hot juga.Nak protes depan-depan tak berani. Dia dah jemu sebab kali ini sudah seratus sembilan puluh,manuskrip itu dikeluarkan.Dan dia sudah pasti,pasti..

dia diperintahkan membacanya lagi .

Tiba-tiba…

“Nyet…nyet…ook…ook…”suara garau Raja Beruk bertitah.

Suaranya bergema di kawasan hutan itu.Anak buah yang tadinya bergayutan menjerit ,bergurau,dan bersuka-suka diam serta merta.Semuanya taat perintah.Raja Beruk perintahkan diam.Dia ingin menghayati isi manuskrip itu.Jangan diganggu konsentrasinya.Anak buahnya mesti diam.Dan mereka nampaknya terus patuh.Titah R aja Beruk tetap dijunjung.

Meskipun beruk sama-sama beruk tetapi ia jadi Raja.Dan rakyatnya hanya menerima beruk menjadi raja.Sudah tentu!

“Ini perutusan agung dari datukmu Darwin:asal kami adalah beruk…tetapi sekarang kami dipanggil manusia.Kami bina tamadun hidup yang tinggi,kekayaan dari perut bumi kami gali,kami duduk dalam rumah berhawa dingin dan menikmati makan-minum,tidur baring dan berhibur dengan selesa.Kami bina ia dengan keupayaan kami sendiri.Dengan otak yang telah berkembang.Ekor kami jadi kecil,wajah kami jadi cantik…

Semua penukaran semulajadi dan ini kami tangani dengan revolusi otak dan evolusi fizikal…

“Gunakan otak wahai saudara-saudaraku beruk!Hutan akan musnah,pokok tempat bergayut akan ditebang manusia.Buah kelubi,pisang hutan dan lain-lain milik kamu akan pupus.Teknologi manusia akan menghimpit kamu.Satu dan hanya satu jalan keluar …Beruk-beruk mesti jadi manusia!Jadilah manusia!Jadilah manusia!”

Begitulah isi manuskrip yang dibaca oleh Menteri Beruk.

Mata Raja Beruk jadi bersinar,fikirannya melayang-layang…

Aku…detik hatinya,aku akan memimpin rakyatku untuk satu revolusi.Revolusi besar,hebat dan gagah.Apa dia?Menukar dan memimpin beruk menjadi manusia!Nah, itu misi revolusiku…

Itulah impian Raja Beruk.Mimpi yang dibawanya ketika bergayut.Mimpi yang dibawanya ketika memamah buah kelubi.

Mimpi ketika bermesra dengan permaisuri beruk…mimpinya ingin menjadi manusia.

Anak buahnya memandang Raja Beruk dengan mata terkebil-kebil.Simpati ada,rasa risau pun ada.Selalunya badan sasa Raja Beruk akan kelihatan melompat ke sana ke mari.

Memimpin ketika mencari makan ,mengatur ketika bermain-main dan macam-macam lagi kehebatnnya.Kini Raja Beruk terpesuk ,tunduk dengan wajah murung.Tentu ada sesuau yang difikirkan…Apakah tempat baru ini tidak sesuai?Mustahil.Mereka baru sahaja berpindah ke tempat ini.

Dulu…memang ,di tempat lama dua tiga ekor kawan mereka telah dibaham harimau.Sebab itulah Raja Beruk memerintahkan mereka berpindah,dan dia sendiri yang memilih tempat ini.Tempat ini strategic.Buah-buahan banyak,musuh hampir tidak ada.Serba serbinya cukup dan memuaskan.Tapi kenapa Raja Beruk bermuram durja,berduka nestapa?

“Engkau semua tahu makan sahaja.Tak tahu fikir panjang.

Bagaimana nasib anak cucu generasi akan datang kau semua tak fikir.Hutan kita akan pupus,buah-buahan kita akan tandus.Generasi beruk akan hilang di dunia jika kita tidak cepat bertindak .Engkau fikir senang hari ini sahaja…esok?”

rungut Raja Beruk dalam hati.Mengeluh dia tentang anak buahnya yang lembab.Patut pun jadi beruk!Tetapi aku tidak.

Aku genius di tengah kedungguan generasiku. Akulah pemimpin.Pemimpin revolusi beruk jadi manusia.

“Memanda Menteri ,utuskan pengawal-pengawal pilihan menanti di perbatasan hutan.Tunggu kedatangan Kakap,Semik,Koring dan Sigah! Aku tahu dalangnya sahaja.

Jangan dipersoalkan bila,tunggu sampai tiba ,”perintah Raja Beruk tegas. Garang.

“Menjunjung perintah,tuanku!”kata Menteri Beruk.

Perintah dikeluarkan,meloncatlah satu platun pengawal beruk yang gagah perkasa.Menghayun badan, melayang-layang dari dahan ke dahan ada kelebihan…pergi menjunjung titah rajanya.Hati Raja Beruk lega,sebodoh-bodoh rakyatnya ada kelebihan juga.Bodoh memudahkan mereka patuh.Soal ini…rakyat beruk memang terpuji.

“Ada apa-apa lagi Tuanku?”Tanya menterinya.

“Buat masa seminggu sepanjang menunggu ketibaan utusan kita itu,batalkan semua pesta dan perayaan.Jangan ada rakyat yang bersuka-suka.Kita terancam tahu tak?Aku akan panggil satu perhimpunan raksasa bila sahaja utusan-utusan sampai.Ketika itu rakyat seluruhnya akan tahu apakah maksud hatiku yang sebenarnya.Jangan lupa simpan manuskrip itu baik-baik,”perintah Raja Beruk lagi.

“Ada apa-apa lagi Tuanku?”Tanya Menteri Beruk.

“Tak ada…boleh pergi!”tutup Raja Beruk.

Pasal bodek,Menteri Beruk cukup bijak.Ada-ada sahaja khidmatnya.Tapi malang,jauh di sudut hati Raja Beruk tetap tak menyenangi menterinya.Menteri yang yes man tak boleh diajak berevolusi.Orang revolusi mesti kreatif,berani,dan kritis untuk member pandangan-pandangan radikal.Kalau hanya tukang angguk-angguk kepala tak ke mana akhirnya.Tapi apa baleh buat…Menteri Beruk adalah orang terpandai di kalangan rakyatnya.The Best among the worst! kata orang putih.

* * * *

Seminggu berlalu seakan merangkak dan mengesut. Terasa penuh seksa bagai digigit sembilu.Raja Beruk kematian angin.Makan minum tak lalu.Bergayut tak senang.Permaisuri Beruk susah hati.Buah hatinya Raja Beruk asyik meradang.Manuskrip itulah yang diusung ke sana ke mari.Dalam badan sasanya terpendam rasa yang hebat dan dahsyat.Jiwa revolusi.Jiwa revolusi memang begitu.Membuak luapan semangat dan amukan rasa.Siang malamnya matanya asyik tertuju ke perbatasan hutan.Menunggu kalau-kalau utusan-utusannya sudah kembali.Rindunya mendalam,hasratnya membengkak bagai nanah terpendam.

Menteri Beruk datang menghadap sekali sekala.Setiap kali datang,pasti diperintahkan membaca.Manuskrip direnung,ditatap,macam azimat dan amanat.Dari ayat ke ayat.

Dibacanya berulang alik.Oh!Datukku Darwin amanatmu akan kusimpan baik-baik dan pasti akan kujelmakan…kita asalnya sama.Cuma nasibku saja yang tak berubah.Aku menjadi beruk,kau jadi manusia…walaupun menjadi rajanya,aku tetap beruk.

Rimba-raya itu tiba-tiba hingar-bingar.

Nyet…nyet…nyet…di sana

Nyet…nyet…nyet…di sini

Nyet di sana,nyet di sini.

“Tuanku,khabar gembira! khabar gembira!”teriak Menteri Beruk.

“Apa dia?utusanku telah kembali?meditasi sepinya terganggu.

“Ya, Tuanku.Mereka kembali!”cepat Menteri Beruk menjawab.

“Beri arahan,kumpulkan rakyat cepat.Bawa makanan dan panggil menghadap semua anak-isteri,suku–sakat,cucu cicit. Semua sekali.Kita adakan perhimpunan besar.Ada perkara penting yang mesti diketahui semua.”

Belum sampai Menteri Beruk berlalu dia menambah:

“Err..,er jangan lupa.Jamu Kakap, Semik ,Koring dan Sigah dengan hidangan istimewa.Mereka pahlawan Negara.Beri mereka tempat duduk di sebelahku.Mereka akan turut berucap di depan rakyat .”Raja Beruk gembira.Oh! Jalan-jalan kea rah revolusi menjadi manusia sudah hampir!sudah dekat! Yahoo…! Ada harapan aku jadi manusia.Hati Raja Beruk benar-benar gembira,menggeletek-geletek.Akulah Bapa Revolusi ~ Revolusi Beruk.

Semuanya sudah sedia.Telah mustaid segala kelengkapan.

Suasana sepi.Rakyat bergayut-gayut pun telah tiada.masing-masing duduk diam-diam.Mulut tidak mengunyah…tapi tangan tetap tergaru-garu di sini,di sana.Raja Beruk melihat rakyatnya dengan bangga.Berdisplin juga rakyatku.Ada harapan jadi manusia,detik hatinya dengan confident.

“Nyet! nyet! nyet! Hormat Raja Beruk!”seru Menteri Beruk.

“Nyet…nyet…nyet…kami hormat,”ikut rakyat Beruk beramai-ramai.Suara nyaring menjerit hormat memecah sunyi belantara.Raj a Beruk terus kembang ,di lambung-lambung oleh kepujian.Dalam hati Raja Beruk timbul rasa terharu.

“Aku akan balas penghormatanmu,aku akan berbakti padamu.”

Begitulah azam hati Raja Beruk bertalu-talu atas kepatuhan tak berbelah bagi yang ditunjukkan oleh rakyatnya.

“Rakyat-rakyatku,dengar sini.Lihat di tanganku ini…”

Kata Raja Beruk memulakan titah sambil mengacung-acungkan manuskrip keramatnyadengan tangan yang bernulu lebat itu.

Rakyat terpinga-pinga.

“Pisangke?”teka sesetengah rakyatnya.

“Buah kelubi masak,masam manis,”sangka sesetengah lagi. Ruang legar fikiran beruk-beruk itu cuma ingat makan.Makan,makan,makan.Mana mereka tahu di tangan raja adalah manuskrip keramat.Titik tolak revolusi yang dirancangkan oleh Raja mereka.Mata mereka terkebil-kebil dan ada yang menggaru kepala.Termangu-mangu dalam misteri.

“Bodoh!”sumpah Raja Beruk dalam hati.Kesal juga ia bila melihat rakyatnya termangu-mangu kebingungan.Tak apa.

Itu cabaran revolusi,bisik hatinya memujuk.

Raja Beruk meneruskan:

“…dalam surat ini menyebut kita boleh menjadi manusia.

Datuk kita dan datuk manusia sama-sama beruk .Kerana itu marilah kita berubah menjadi manusia.Ini perjuangan kita.

Manusia telah maju,mereka hidup dengan serba mewah dan masyarakat mereka lebih tersusun daripada masyarakat kita.

Kita bergaduh,mereka bertamadun.Kita sempit dengan berbagai-bagai musuh…harimau,ular dan macam-macam lagi.

Tapi hidup mereka damai,bersatu dan tidak diancam musuh.Aku telah utus empat utusan ini untuk melihat hidup manusia dari dekat,”katanya sambil berpaling kepada Sigah,Kakap,Semik dan err…

Raja Beruk berpaling ke kiri ke kanan.

“Mana Koring?”tanyanya pada Menteri Beruk.

“Dia masih belum balik,”jawab Menteri Beruk dengan muka suspen.Takut kena marah.

“Tak apa…cukup dengan utusan yang ada.”

Menteri Beruk lega.

“Empat,err tiga…utusan ini akan menceritakan kepada kita tentang kehidupan manusia.Mereka telah aku utuskan ke seluruh pelusuk penempatan manusia.Di Barat Semik,Utara,Sigah,Kakap Selatan dan Koring Timur.

Semuanya telah pulang dengan maklumat berharga …kecuali Koring.Tak apalah lambat laun dia akan kembali juga.”

“Dengan maklumat mereka…”terhenti Raja Beruk mengambil nafas.Tangan berbulunya,tanpa disedari menggaru kepalanya.Cepat-cepat dia sedar.Ah! sekali-sekala terlajak perangai beruknya.Macam mana pun,dia tetap beruk.Mana nak elak?

“Dengan maklumat itu kita akan tahu dengan banyak tentang susunan hidup manusia.Kita akan tahu bagaimana mereka bekerja,berkahwin,berhibur,bermain,belajar dan segala-galanya.Dari sini kita akan belajar mencontohi mereka.Kita akan belajar jadi manusia…kita akan keluar dari hutan ini.

Pasti kia akan diterima.Manuskrip yang ada pada tangan aku ini,ditulis oleh mereka.Oleh Darwin.Ertinya Darwin mengakui kita saudaranya.Aku percaya pengikutnya ramai.Tentu mereka boleh membantu kita…mereka telah mangiktiraf kita sebagai warga manusia.Kita dan mereka seketurunan.Takkanlah mereka benci pada saudara mereka…”sambung titah Raja Beruk dengan penuh harapan.

Rakyatnya terangguk-angguk,sambil menggaru-garu.

Seperempat masuk,tiga perempat keluar …banyak yang tak faham dari yang faham.Tetapi demi raja,demi Bapa Revolusi,mereka terus terangguk-angguk.

Raja Beruk puas hati .Hatinya berbunga harapan; kembang- kuncup oleh mimpi indahnya.

“Sekarang marilah sama-sama kita dengar dari utusan-utusan kita yang gagah perkasa,” kata Raja Beruk.

Semik muncul ke hadapan.Dia akan memulakan laporan.Ingatannya kembal kepada masyarakat manusia yang dilihatnya di Barat.Hatinya kecut,takut-takut laporannya tidak menyenangkan hati rajanya.Tapi dia ingat hanya apa yang dilihatnya.Beruk mana pandai kelentong!

“Tuanku dan kawan-kawan sekalian.Hidup manusia Barat tidak indah…lebih kurang kita juga,”tiba-tiba tercetus dari mulut Semik.

“Apa?”sergah Raja Beruk.

“Err…er benar tuanku.Saya lihat ramai orang-orang mudanya tunggag-langgang.Hidup lintng-pukang.

Mereka suntik badan sesuatu yang pelik.Bila kena benda itu,

mereka jadi tak tentu arah. Bukan satu atau dua orang tetapi ribuan malah jutaan tuanku…Oh dahsyat…dahsyat…tuanku.

Satu lagi,jangan sangka mereka tak gaduh.Mereka bergaduh malah gaduh mereka lebih dahsyat.Kita takat kokak-kokak gigi sahaja.Tapi gaduh mereka secara besar-besaran.Ada pakai senjata yang keluarkan api. Kilang-kilang keluarkan benda berapi itu banyak didirikan.Sekali letup,ribuan orang mati.Eh! ngeri tuanku.Dan lagi…”

“Cukup!”Potong Raja Beruk.Mukanya merah padam.

“Cuba Kakap pula yang beri laporan!”perintah Raja Beruk. Bengang betul dia.

“Tuanku,orang-orang tempat saya perhatikan tak pakai baju lagi.Saya lihat manusia dah dedah,buka semua yang mereka tutup dulu.Di pantai-pantai tempat manusia berambut perang dan ada yang bertelanjang…malu saya tengok.Kita bangsa beruk memang biasa macam itu,lagipun badan macam tu,ganjil nampaknya tuanku.Pada siang dan malam ,saya lihat pakaian orang perempuan terkoyak-koyak.Entah kenapa?lebih dahsyat tuanku,mereka dah macam kita.Bini dia bertukar-tukar, berganti-ganti…Entahlah,saya lihat lebih kurang adat istiadat kita juga.Yang lebih dahsyat ada lelaki kahwin sesama lelaki,perempuan sama perempuan.Eiii…jijik tuanku,”kata Kakap berani.Ia memang celupar.Padan dengan namanya.

Muka Raja Beruk merah padam.Macam mendung hampir nak hujan.Geram ada,kecewa ada.Kini harapannya hanya pada Sigah.Sigah yang di utuskan dari Utara.

“Sigah,silakan…”perintah Raja Beruk,cuba-cuba berlagak tenang.Tapi separuh semangat revolusinya telah lebur.

“Tuanku,apa yang saya lihat lebih dahsyat.Berjuta-juta manusia manusia mati kebuluran.Tapi dalam masa yang sama ramai juga yang mati kekenyangan.Bila bantuan makanan tiba orang bukan menyambut dan membahagikannya,tapi mereka terus bertembak-tembak.Ribuan orang mati,tuanku…lebih ramai dan berganda –ganda banyaknya daripada kawan-kawan kita yang dibaham harimau dan dibelit ular.Bila ada sedikit makanan yang sampai,mereka berebut-rebut,macam kita berebut pisang,tapi lebih teruk lagi.Politik mereka kacau.Ada sahaja yang ingin merampas kuasa.Rakyat tertindas,orang miskin jadi jenayah,si kaya pemeras,yang berkuasa zalim…kalaulah tuanku menjadi raja mereka,tentu tuanku pening kepala.Kami walaupun bodoh,patuh.Manusia meskipun pandai banyak karenahnya.Tuanku ,jika kita jadi manusia…belum tentu tuanku jadi rajanya.Silap haribulan, tuanku digulingkan,”kata Sigah terus terang.

Kecut perut Raja Beruk mendengarnya.Bab guling-mengguling ini yang tak berapa sedap.Dia cuba tenang walaupun jiwa revolusinya sudah kempis.Tipis macam kulit bawang.

Sigah meneruskan,”…. Dan saya rasa belum tentu kita rakyat beruk akan diterima oleh masyarakat manusia.Sedangkan manusia telah bermusuh dan bunuh-membunuh sesama manusia apalagi kalau dengan kita…beruk

yang nak jadi manusia?kita akan dianggap manuia kelas dua tuanka!”kata Sigah yang memang radikal sedikit.Memang Raja Beruk kurang senang dengan Sigah yang out-spoken itu.Tapi biarlah sekali sekala dia meluahkan isi hatinya.Lagipun apa yang nak dihalang,dia memang benar.Dia yang melihat,aku cuma mendengar.Raja Beruk masih rasional.Padanya mata lebih dipercayai daripada telinga.

Akhirnya,perlahan-lahan Raja Beruk tunduk.Air matanya berlinang.Lengan berbulu panjangnya longlai.Harapan untuk generasinya musnah.Manuskrip keramatnya basah oleh air mata yang menitis dari anak matanya yang redup sayup.Direnungnya satu persatumuka rakyat di hadapannya.

Muka-muka bodoh itu ditenungnya satu persatu.Penuh kasih sayang.Generasi beruk akan terus terancam.Hutan akan dipugar oleh kerakusan manusia.Pohon-pohon akan di tebang penuh nafsu,gelanggang anak cucu beruk akan pupus…ke mana anak-anak cucuku akan menumpang hidup?

Dengan berat,akhirnya Raja Beruk berkata,amanatnya yang paling terakhir.

“Rakyatku…telah kita dengar berita sebenarnya.Rupa-rupanya hidup manusia indah khabar dari rupa.Darwin pembohong.Dia dusta!”katanya marah.Di genggamnya manuskrip keramat yang sudah kusam oleh air matanya.

“Krak…res…res…”

Manuskrip itu dikoyak-koyaknya.Disayat-sayat dengan geram.Persis beruk diberi bunga.

“Aku akan memberi satu amanat.Ini lebih penting dari kata-kata palsu Darwin.Inilah perutusanku,titahku yang muktamad dan tidak akan berubah-ubah lagi…Jika manusia terus berkelakuan seperti yang digambarkan oleh utusan-utusan kita,tak payah kita melatih-latih diri menjadi manusia…Tunggu sahaja mereka menjadi kita!Tunggu sahaja manusia menjadi beruk!Manusia akan mengikut jejak langkah kita,bukan kita mengikut jejak langkah mereka,”kata raja Beruk bersemangat.Angin revolusinya berputar 360 darjah.

“Kita lebih mulia dari mereka.Kerana merekalah yang mahu hidup cara hidup kita.

“Nyet!Nyet!Nyet!Nyet”sahut rakyat bergembira.

Melompat dan menggaru-garuTanpa segan silu lagi kini…

Raja Beruk turut melompat-lompat sama.Kini terasa betapa bangga dan bertuahnya dia menjadi beruk.Dia bangga menggaru.Bergayut.Menjerit .Melompat dari pokok ke pokok.

Rimba-raya bertukar menjadi pesta.Pesta Beruk-beruk!

Mereka lupa pada si Koring…Ya Koring masih di Timur.Apa terjadi kepada Koring?Apa terjadi kepada manusia di Timur?
..................................................................................................................................................................
Karya : Teh Zakaria bin Teh Adnan / 27/12/2011

Sunday 25 December 2011

Daun Semalu




Sinaran di wajahmu
Bagai dedaun semalu
Terbayang riangnya
Sembunyi dukanya

Semalu yang berduri
Tewas kalau hampiri 
Sekadar sang bayu
Menghiburkan salju 
merunduk layu ..begitu kekasihku

Ke mana di mana hilangnya

Cintamu membara di hati
Dan ketika mendengar nun jauh
Bayangan ku tembus di ingatanmu
Di awangan cinta kau bersenda
Yang suci disentuhi
Kilauan permata
Tergoda kau menjadi peluru 
Aku mangsa mu kasih

Ke mana di mana hilangnya

Cintamu membara di hati
Dan ketika mendengar nun jauh
Bayangan ku tembus di ingatanmu
Di awangan cinta kau bersenda
Yang suci disentuhi
Kilauan permata
Tergoda kau menjadi peluru 
Aku mangsa mu kasih

Semalu oh cintaku
Cinta ku yang terpaku
Ku ukir bayanganmu
Kembara jalanan
Menjadi kenangan

Saturday 17 December 2011

Bergedil :)


Bahan-bahan ( 3 orang )

  • 2 bj kentang
  • segenggam daging cincang ramly
  • daun sup dicincang halus
  • 5 sudu besar bawang goreng
  • satu sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

  1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
  2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
  5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

BOSNIA, KOSOVO DAN MACEDONIA



RAKYAT BALKAN YANG SENTIASA DIHIMPIT PEPERANGAN
Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20. dunia telah meyaksikan genocide paling dahsyat dan besar. Segalanya bermula pada 1992, dan sepanjang waktu itu beratus-ratus ribu manusia telah dihalau dari tanah sendiri, dibunuh, disumbat ke dalam kem-kem yang penuh sesak, dan didera dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Perkara yang paling jelas dan nyata te ntang genocide ini, yang bermula di Bosnia dan kemudian ber pindah ke Kosovo, ialah ia berlaku di hadapan seluruh penduduk dunia dan hanya ber sebelahan sahaja dengan negara-negara Eropah.
Penyembelihan di Bosnia yang bermula pada 1992 hanya berakhir pada musim bunga 1995. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul ke pe ra wa nannya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.

MEMUSNAHKAN SEGALA TINGGALAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYYAH
Untuk memahami kezaliman yang dikenakan terhadap umat Islam Bosnia yang tidak bersalah, terlebih dahu lu kita mesti mema hami sejarah kawasan yang bergolak tersebut. Sudah diketahui ramai bahawa se telah pembubaran Per seku tuan Yugoslavia, terdapat beberapa negara yang berasa kurang senang terhadap kawasan-kawasan yang me miliki ramai umat Islam yang cuba mendapatkan kemerdekaan. Penubuhan negara-negara Islam merdeka di tengah-tengah Eropah, dan kemungkinan untuk mereka menubuhkan sebuah kesatuan, membawa maksud kepada penubuhan tamadun Islam yang berhampiran dengan negara-negara Barat. Sebab itulah umat Islam di rantau Balkan dikenakan genocide oleh Serbia, dengan dibantu oleh sokongan-sokongan sulit oleh kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam yang sungguh efektif di beberapa negara-negara Barat dan berada pula di bawah payung keselamatan kumpulan-kumpulan pelobi ini.
Belum pun sempat manusia melupakan tragedi dahsyat yang berlaku di Bosnia-Herzegovinia, gelombang kedua kekejaman orang-orang Serb mula mengambil tempat. Kali ini latar tempatnya adalah di Kosovo, Yugoslavia. Apabila kita melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut perspektif sejarah, nampaknya Serb mahu menuntut bela di atas luka kekalahan yang dialami kira-kira 600 tahun sebelum ini. Orang-orang Serb di Kosovo melihat umat Islam Albania sebagai "penerus Empayar Turki Uthmaniyyah." Oleh itu orang-orang Serb mula menjalankan polisi asimilasi, atau lebih tepat lagi, cuba memadamkan segala kesan Uthmaniyyah.
Kebencian Serb terhadap Uthmaniyyah bermula kira-kira 600 tahun yang lampau. Semasa Perang Kosovo Pertama, pada tahun 1389, Sultan Murat I telah ditikam oleh seorang berbangsa Serbia yang menyamar sebagai seorang utusan. Beliau kemudiannya mengalami cedera parah di bahagian barat laut Pristina dan akhirnya meng hembuskan nafasnya yang terakhir setelah melihat kejayaan Uthmaniyyah. Kejayaan kedua Turki Uthmaniyyah di Kosovo berlaku pada 1448, apabila Sultan Murat II berjaya mengalahkan pasukan tentera Salib yang dipimpin oleh orang-orang Serbia. Berikutan kejayaan Perang Kosovo Kedua ini, sejumlah besar umat Islam Turki menduduki rantau Balkan.


KETAKUTAN TERHADAP "ALBANIA YANG LEBIH HEBAT" DAN KOSOVO
Peta baru rantau Balkan yang telah dipersetujui bersama menerusi Perjanjian Versailles pada akhir Perang Dunia I telah menimbulkan satu fakta yang sangat menarik: Orang-orang Albania yang merupakan majoriti rantau Balkan tidak disatukan di dalam sebuah negara yang sama, sebaliknya mereka dibiarkan duduk berselerak di beberapa buah negara. Mengapakah orang-orang Albania tidak dibiarkan duduk bersama apabila peta baru rantau tersebut dilukis?
Jawapan kepada soalan tersebut terletak pada faktor asas yang mencetuskan segala konflik yang masih berterusan sehingga ke hari ini. Prospek penubuhan negeri "Albania yang Lebih Hebat", yang terdiri dari umat Islam Albania, dianggap oleh beberapa buah kuasa antarabangsa sebagai sesuatu yang tidak meng untungkan pihak mereka. Sebab mengapa masalah yang sudah berdekad-dekad lamanya ini masih tidak dapat diselesaikan adalah berpunca daripada plot idea yang serupa. Jika kemerdekaan Kosovo diisytiharkan, "Albania yang Lebih Hebat" akan ditubuhkan sekali lagi di selatan Balkan.
Orang-orang Albania merangkumi kira-kira 95 peratus dari keseluruhan populasi Albania. Tambahan pula, terdapat juga kira-kira 35% populasi Albania di sempadan Macedonia, dan kira-kira 50,000 orang Albania pula tinggal di Montenegro. Di dalam Yugoslavia pula, kawasan Kosovo turut memiliki populasi orang-orang Albania yang agak besar.
Apa yang akan terjadi jika negara-negara yang berjiran tersebut bersatu, dan dengan itu membentuk "Albania yang Lebih Hebat" di tengah-tengah Eropah? Inilah yang menjadi ketakutan kepada kuasa-kuasa Barat.


1 juta atau lebih umat Islam Kosovo yang lari dari penindasan Serbia terpaksa berhadapan dengan kesejukan, kelaparan, kehausan dan penyakit. Berpuluh-puluh ribu kehilangan nyawa, dan banyak lagi yang telah hilang.
Adalah perlu untuk dijelaskan bahawa ketakutan ini timbul lebih disebabkan oleh faktor agama berbanding faktor etnik. Seperti juga Bosnia, negeri tersebut turut memiliki ramai umat Islam yang dilihat sebagai "tidak diperlukan."
Pencaturan yang masih diteruskan sehingga ke hari ini, telah memainkan peranan penting yang mempengaruhi proses pemetaan rantau Balkan selepas Perang Dunia I. Inilah sebabnya mengapa orang-orang Albania secara tidak rela hidup sebagai sebuah b
angsa yang dipecah-pecahkan sejak dulu lagi.
Selepas Perang Dunia II, orang-orang Albania telah diperintah di bawah telunjuk rejim Komunis. Orang-orang Albania di Kosovo dan Macedonia kekal di sempadan Tito Yugoslavia, dan orang-orang Albania sendiri akhirnya berada di bawah genggaman rejim Enver Hoxha yang lebih zalim.
Berikutan kejatuhan komunisme kira-kira 40 tahun yang lampau, kuasa "Albania yang Lebih Hebat" dipandang sebagai sebuah kuasa yang berbahaya disebabkan oleh sifat Islamiknya. Kuasa komunis terdahulu dan fasis terbaru, Slobodan Milosevic menjadi orang pertama yang memulakan polisi ganas yang anti-Islam.

Pemandangan seperti ini adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan seharian di Balkan.
Sebaik sahaja Milosevec mula memegang tampuk pemerintahan, beliau telah menamatkan autonomi yang telah pun dijanjikan kepada Kosovo sewaktu zaman Tito. Beliau mula menggunakan pendekatan fasis untuk menyalakan api nasionalisme orang-orang Serbia. Pendidikan tinggi di Kosovo dihalang dari diajar dalam bahasa Albania. Akhbar-akhbar yang diterbitkan dalam bahasa tersebut akan ditamatkan operasinya dan rakyat ditindas. Ini semua bertujuan supaya orang-orang Albania meninggalkan kawasan tersebut, dan akhirnya kira-kira 400,000 telah mengambil tindakan tersebut. Pada masa yang sama, wujud usaha untuk mengubah demografi kawasan dengan memasukkan orang-orang Serb. Mereka mahu men"Serbia"kan kawasan tersebut dengan menghalau umat Islam Albania yang membentuk populasi kira-kira 90 peratus banyaknya. Mereka malah turut mengoyakkan surat ikatan harta dan mencantumkan dokumen-dokumen untuk memadamkan identiti budaya umat Islam. Pada 1989, autonomi Kosovo telah dibatalkan sama sekali. Setiap hari, Milosevic mengenakan sekatan-sekatan baru di kawasan tersebut. Orang-orang Albania terus menunjukkan penentangan yang bersifat kedamaian terhadap segala penindasan yang dikenakan ke atas mereka, dan di bawah pimpinan Ibrahim Rugova, mereka telah memulakan kempen yang berdasarkan perlembagaan untuk memenangi semula hak-hak mereka. Orang-orang Albania yang telah hidup lama di bawah sistem penindasan yang tidak memiliki sebarang hak dan telah menjadi sasaran projek asimilasi, akhirnya telah berjaya menarik perhatian rakyat dunia setelah mereka menjadi mangsa proses pembersihan etnik. Serb telah meletakkan pasukan polis dan askarnya di kawasan itu. Pasukan-pasukan ini telah menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Kempen pembersihan etnik bermula pada 27-28 Februari 1998. Keagresifan Serb telah dihentikan oleh operasi NATO pada 24 Mac 1999. Namun demikian operasi menyelamat yang agak lewat dilakukan ini telah cukup untuk memberitahu kita bahawa penderitaan yang cukup besar telah dialami oleh orang-orang Albania Kosovo

BOSNIA: PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI MATA DUNIA
Apabila Sarajevo menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada 1463, ia turut mempunyai hubungan dengan agama Islam. Ia terus berada di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun. Sepanjang tempoh yang cukup panjang ini, Slavs yang mempunyai hubungan dengan mazhab Kristian yang dipanggil "Bogomils" dan tinggal di kawasan Bosnia-Herzegovina, telah memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka sendiri. Dengan itu, umat Islam muncul di Bosnia, di tengah-tengah Semenanjung Balkan. Berikutan dengan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia telah diberikan kepada Empayar Austria-Hungary, walaupun ia masih sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyyah. Namun akhirnya ia telah ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Islam. Orang-orang Islam melihat pemergian Turki Uthmaniyyah dengan penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan penganiyaan dahsyat yang bakal diterima di bawah sistem pemerintahan baru. Sesungguhnya tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyyah, serangan dan gangguan terhadap umat Islam pun bermula.


Selepas Perang Dunia I, "Kerajaan Serbia, Crotia dan Slovenia" telah ditubuhkan, dengan itu telah mengumpulkan kesemua komuniti Slavs di kawasan tersebut. Bosnia-Herzegovina turut menjadi sebahagian daripada kerajaan tersebut. Pada 1929, Kerajaan Yugoslavia jatuh ke tangan Kristian Ortodoks Serbia. Sehingga Perang Dunia II, umat Islam Bosnia telah dicuri harta-benda mereka dan diawasi dengan begitu teliti sekali.
Semasa Perang Dunia II, kawasan tersebut telah dijajah oleh Jerman. Tahun peperangan tersebut telah menyaksikan kira-kira 100,000 umat Islam yang terkorban dalam siri-siri serangan di bandar-bandar dan perkampungan Bosnia. Serangan-serangan tersebut dilakukan oleh pejuang-pejuang ultra-nasionalis (Chetniks). Pihak komunis telah memainkan peranan utama dalam penentangan terhadap Nazi, dan apabila perang tamat mereka mula mengambil-alih hal-ehwal pengurusan negara tersebut. Polisi penindasan terhadap umat Islam bangkit semula apabila komunis mula berkuasa. Yayasan-yayasan Islam diambil-alih, masjid-masjid dan sekolah-sekolah agama dirampas, dan kempen intensif tentang propaganda ateis begitu rancak dijalankan. Kesannya, satu bahagian daripada populasi umat Islam telah dipaksa berpindah ke Turki dan negara-negara Ero pah lain.
Apabila Perjanjian Perang Dingin Warsaw tamat, sebuah referendum telah diadakan pada 1 Mac 1992, dan Bosnia-Herze govina mengisytiharkan ke merdekaannya. Walau bagai manapun, Serb telah menawan negara tersebut dan men jalan kan penyembelihan selama tiga tahun. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh Serb dalam tempoh tiga tahun itu tidak kurang dari 200,000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari rumah mereka. 50,000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang amat dahsyat, dan berpuluh-puluh ribu daripada mereka telah lumpuh.



Thursday 15 December 2011

Rendang ayam :)

Rendang ayam, dengar nama pun dah boleh buat perut jadi lapar kan. Inilah makanan kegemaran saya .rendang ayam memang popular sebagai juadah wajib hari raya. Biasanya masyarakat Melayu makan rendang ayam ni dengan lemang atau nasik impit. Dengan nasi pun boleh...memang sangat-sangat menyelerakan. Berikut adalah cara-cara membuat rendang ayam ^^

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka
  • Bahan2 digiling:-
  • @ 10 ulas bawang merah
  • @ 4 ulas bawang putih
  • @ 15 biji cili api
  • @ 15 tangkai cili kering
  • @ 1 inci halia
  • @ 1 inci lengkuas
  • @ 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut dihiris kasar
  • 4 cawan santan pekat
  • 4 sudu besar kerisik
  • Garam, gula dan serbuk perasa (ikut suka)

Cara-cara

  1. Masukkan ayam dan bahan giling dan serai- perap lebih kurang 1 jam.
  2. Masukkan ayam ke dalam kuali. Masukkan santan dan masak hingga mendidih. Masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik dan garam. masukkan juga perasa dan gula jika suka.
  3. Masak ayam hingga empuk dan agak pekat. Sedia dimakan... :)