Monday 10 October 2011

Percaya Atau Tidak?????

  1. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando2 Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera2 asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.
  2.  ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL…percaya atau tidak? 
  3. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB (Komitet Gosudarstvennoi Bezopasnosti iaitu agensi perisik Soviet Union yang hampir sama fungsinya dengan CIA di Amerika Syarikat). ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas2 lain tanpa mengambil masa yang lama. 
  4. ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu2nya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruk kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal serba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden! 
  5. Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya TAWAN Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletajk di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .! 
  6. Pada lewat 1980an, sekumpulan tentera singapura ditangkap oleh askar wataniah Malaysia kerana cuba memasang radar di sebuah bukit yang terletak di johor. Tindakan ini dibalas Malaysia apabila dilimbungan kering dan basah singapura kerap berlaku letupan sabotaj yang menjejas pelancaran ekonomi Negara itu. 
  7. Percaya atau tidak ? Indonesia risau apabila RELA ditubuhkan dan diperbesarjkan? Ini kerana mereka tahu adanya pasukan bantuan khas dalam RELA. Ini mengingatkan pada bantahan singapura sewaktu penubuhan Pasukan Terjun Payung (briged para) 
  8. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM,apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar unytuk memohon passport atau visa ke luar Negara. 
  9. Semua anggota elit komando Malaysia (ATM) dilarang memakai motorcar berclutch percaya atau tidak? 
  10. Percaya atau tidak panggilan cikgu digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM? 
  11. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain.Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ? Disini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak? 
  12. Indonesia pernah mengutuk angkatan tentera Malaysia kerana sewaktu latihan , anggota tentera Malaysia membawa resin makanan! Namun ia dibalas Malaysia apabila sewaktu gempa bumi PADANG, makanan yang dihulurkan Malaysia adalah resin tersebut! Makanan inilah yang dikatakan expired padahal mereka kalah malu pada Malaysia. 
  13. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api !ini amt memalukan mereka….percaya atau tidak? 
  14. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagi pasukan elit dari negara2 rantau ini. Percaya atau tidak? 
  15. Indonesia selalu mengutuk ATM sebagai scotboy merujuk pada perkhidmatan KOR ADAT ISTIADAT ATM yang bertugas di istana BUCKINGHAM bersama sama pasulan ROYAL AND BLUES BRITAIN, sebenarnya Indonesia dan negara yang kononnya melayu malu apabila kemelayuan tetap ditonjolkan dalam apa sahaja tentang Malaysia . Percaya atau tidak? 
  16. Indonesia mendapat aib di Lubnan apabila dua anggota tenteranya lari apabila dikejar pasukan elit Israel iaitu briged kfir, setakat ini kontinjen2 negara PBB yang datangnya dari negara2 melayu dan terkenal adalah MALBATT(disertai angkatan tentera diraja brunei) yang terbukti dalam misi Bosnia dan Mogadishu

Friday 7 October 2011

Perang di Bosnia


Sebuah penelitian mengungkap korban jiwa Perang Bosnia hanya separuh dari yang dikira. Selama tiga tahun, 1992-1995, perang Bosnia membunuh 97.207 orang. 66 Persen adalah muslim.”Paling kurang 97.207 tentara dan orang sipil terbunuh selama perang,” ungkap Mirsad Tokaca dari LSM Pusat Riset dan Dokumentasi, seperti dilansir kantor berita AFP, Jumat (22/6/2007).Tokaca menyebutkan, penelitian yang berlangsung selama 4 tahun itu menemukan 3.300 korban adalah di bawah umur 18 tahun, termasuk bayi. 66 Persen korban meninggal adalah muslim Bosnia, 26 persen Serbia dan 8 persen Kroasia.

Dengan menggunakan ratusan sumber yang berbeda, LSM ini membuat sebuah bank data raksasa yang terdiri dari nama dan informasi lain dari korban seperti foto.



“Tujuan riset ini untuk mengurangi ruang manipulasi jumlah korban peran,” kata Tokaca yang penelitiannya dibiayai Kementerian Luar Negeri Norwegia itu.

Lebih dari 40 persen korban adalah warga sipil. Setengah dari korban itu meninggal di awal perang, ketika pasukan Serbia yang dibantu tentara Yugoslavia mengambil alih dua pertiga Bosnia.

Selain akibat perang langsung, LSM ini juga mengumpulkan data korban perang secara tidak langsung. Akibat tidak langsung ini misalnya fasilitas kesehatan yang minim.

Contohnya, terdapat 12 bayi yang meninggal di rumah sakit karena kekurangan oksigen. 6 Orang meninggal karena bantuan yang dikirim melalui udara jatuh menimpa mereka.

Tiga ahli kependudukan internasional menyatakan bank data tersebut akurat dan dapat dipercaya, sehingga bisa disebut sebagai “Kitab Kematian Bosnia”. Salah satu ahli itu adalah Ewa Tabeau yang merupakan penuntut umum International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia (ICTY) PBB yang bermarkas di Den Haag, Belanda.

Untuk diketahui, berdasarkan sensus 1991, populasi Bosnia sebelum perang adalah 43 persen muslim, 31 persen Serbia dan 17 persen Kroasia.

Wednesday 5 October 2011

Igauan Maut - antara dendam dan juga kemanusiaan

 "Sebuah rumah yang dibakar! Seorang perempuan menjerit ketakutan. Pemuda yang... yang hangus separuh badannya. Anak kecil... ah! cukup...!" cerita Mizah mati di situ. Dia tidak mampu mengingati mimpi yang dialaminya. Terasa sakit seluruh saraf fikiran Mizah.







Igauan maut ialah novel pertama Ramlee Awang Murshid (RAM) yang diterbitkan pada tahun 1995 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Novel ini pernah memenangi tempat kedua dalam Peraduan Menulis Novel Dewasa 1992, anjuran DBP dan hadiah Sastera Negeri Sabah bagi tahun 1994/1995. Walaupun hanya mempunyai 164 mukasurat dan berharga RM6.50 (naskhah asal), ternyata novel ini berjaya menimbulkan suspens dan thriller dan memberikan kepuasan kepada pembaca di akhir cerita.

Mengikut sinopsis di belakang kulit novel, "Igauan Maut ialah sebuah novel suspen yang memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963. Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada sepasang mata yang beracun, menuntut harga setitik darah dibayar dengan selaut darah dan nyawa yang hilang pinta dikembalikan, demi menebus maruah dan mencari keadilan dunia. Tiada lagi erti kemanusiaan dan kasih sayang yang baru tumbuh dibunuh. Segalanya hilang dalam memerangi badai emosi yang mengganas."





Saya baru sahaja selesai menamatkan sesi pembacaan novel ini. Nyata menyentuh emosi dan mendebarkan jiwa. Biarpun temanya amat mudah iaitu perihal dendam dari peristiwa September 1963, plot terus bergerak meninggalkan persoalan demi persoalan kepada pembaca. Namun begitu, RAM berjaya memastikan semua persoalan yang berlegar-legar dalam minda pembaca, terjawab di akhir penceritaan.

Biarpun RAM ialah seorang lelaki, tapi beliau berjaya melorek tunjang utama novel ini iaitu Mizah dengan begitu baik sekali. Dalam novel ini, Mizah digambarkan sebagai seorang pekerja di sebuah syarikat dan juga seorang novelis. Nyata RAM amat bijak menggabung jalin ikatan antara watak apabila di perakhiran cerita, Alice (sahabat baik Mizah) turut ada kaitan dengan Lipin yang pernah bekerja di kebun ayah Mizah.

Latar masa mengambil waktu sekitar September 1963 dan juga 25 tahun selepas itu iaitu sekitar tahun 1988 dan juga tahun 1990. Begitu juga sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu sekitar tahun 1944. Latar tempat pula mengambil lokasi sekitar Kampung Pasir Lama (macam rumah kak Elle je nih) dan juga Taman Cempaka.

Antara persoalan-persoalan yang bakal muncul di minda pembaca ialah mengapakah mimpi tersebut sentiasa mengganggu tidur malam Mizah, apakah kaitan antara Jalil, Kudu dan Ajis, siapakah anak kepada pasangan Marlia dan Ali Abdullah yang sebenarnya, siapakah yang membakar rumah Jalil dan Ajis, siapakah sebenarnya Lipin yang tiba-tiba muncul di Kampung Pasir Lama dan banyak lagi.

Mungkin kerana telah membaca semua novel RAM yang lain, semasa membelek-belek, membaca dan menghayati novel ini, saya terbayangkan watak Ali Abdullah sebagai Ryu Watanabe dengan pedang Tou Ai nya (Hatiku di Harajuku) dan juga watak Atim sebagai Ejim (Tombiruo). Biasalah, seperti kebiasaan, novel ini dapat dikhatamkan dalam masa beberapa jam sahaja. Biasanya saya kalau membaca novel-novel RAM, mesti habis dalam masa sehari semalam sahaja. Itulah saya kalau dah terlebih khusyuk dengan novel-novel suspens dan thriller ni.

Secara ringkasnya, biarlah saya meringkaskan novel ini sependek mungkin sebagai sinopsis lebih kurang. Novel ini adalah berkenaan dendam. Pada zaman Jepun kat Malaya, Ali @ Miyakoto Sakurai banyak tolong keluarga Marlia. Sekitar 1963, terdetik cinta antara mereka, lalu berkahwin dan dapat seorang anak (dari awal xmention laki ke perempuan ke, at the end baru tau). Tapi, ada segelintir penduduk kampung yang tak puas hati sebab masih ada lagi saki baki penjajah Jepun di Kampung Pasir Lama. Rumah Ali dibakar. Maka, ternampak la sepasang mata yang diceriterakan dalam sinopsis kat belakang kulit novel tu. Di Taman Cempaka, 25 tahun kemudian, Mizah asyik histeria malam-malam mimpi benda yang sama. Alangkah tak disangka, mimpi ni ibarat petunjuk dari langit. Sebuah rumah dibakar macam ayat aku quote kat bawah ni. Dah jumpa doktor, tapi xde apa-apa penyakit, Alice, her housemate advise suruh berubat cara kampung. Yang peliknya, bila balik kampung nak berubat, dah tak histeria dah. Then, Lipin tiba-tiba muncul kat Kampung Pasir Lama, rajin ya amat (ayat best Lipin, "apa-apa kerja pun sama, yang penting, betul-betul MAHU bekerja") tolong Pak Kudu kat kebunnya. Pak Kudu ni ayah Si Mizah. Diorang ni ada kisah silam yang Si Mizah sendiri pun tak tahu dan sebenarnya kedatangan Lipin kat kampung tu pun ada kaitan dengan pedang pusaka dan juga dendam keramat. Suspens kan? Miahaha, sama-sama la kita baca novel ni walaupun dah takde kat pasaran.

kak Linda RAMfc turut mengulas tentang novel ini di blognya iaituwww.myulatbuku.blogspot.com . Beliau mengulas, "Igauan Maut merupakan karya pertama Ramlee Awang Murshid dan merupakan novel beliau yang kedua saya baca selepas novel Aku Darah Anak Malaysia (ADAM). Saya telah membeli buku ini 3 tahun lepas melalui tempahan secara online di Dawama. Pada masa ulasan ini ditulis, novel ini sudah kehabisan stok walhal ramai peminat Ramlee Awang Murshid di luar sana mencari novel ini dan ingin membelinya untuk koleksi peribadi.Secara peribadi, saya amat berharap agar pihak Alaf21 Sdn. Bhd. dapat mengambil alih penerbitan buku ini untuk memenuhi permintaan yang ada. Saya percaya ramai di antara pembaca yang ingin memiliki novel ini setelah membaca karya Ramlee yang terbaharu iaitu Hijab Sang Pencinta lebih-lebih lagi buku ini berjaya mengungguli carta buku popular MPH dan Popular di dalam kategori cereka.Igauan Maut merupakan sebuah kisah mendebarkan yang mengisahkan dendam seorang anak terhadap beberapa orang kampung yang bertanggungjawab ke atas kematian kedua ibu bapanya 25 tahun lalu. Penulis berjaya membuatkan pembaca berteka-teki - siapakah dalang di sebalik semua kejadian berbau dendam ini. Melalui pembacaan Igauan Maut, saya dapat membaca kecenderungan penulisan Ramlee yang menjurus kepada genre ’thriller’ dan suspen. Untuk mengendurkan emosi pembaca, penulis menyelitkan kisah bibit-bibit cinta di antara dua watak utama novel ini. Saya rasa sedikit terkilan kerana penulis tidak mendedahkan ibu bapa sebenar Mizah.

Biodata Ramlee Awang Murshid

 
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang penulis novel dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. Ramlee Awang Murshid dilahirkan diPaparSabah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 22 buah novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta. Dilahirkan di daerah Papar, Sabahgenre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu pada tahun 1974-1979. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di SMM Sabah atau lebih dikenali sebagai  Sabah College pada tahun 1980-1984. Kemudian, pada tahun 1999- 2003 di ukm dalam bidang komunikasi.
 Antara anugerah yang penah dimenangi oleh beliau ialah memenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu, Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut. Seterusnya, tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Novel Pei Pan juga memenangi Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005. Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri, Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3) dan Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2010 menerusi Novel 9 Nyawa.
 Banyak novel- novel beliau telah diterbitkan oleh beberapa syarikat seperti alaf 21, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Utusan Publication. Antara novel- novelnya yang berjaya diterbitkan ialah seperti:

  1. Igauan Maut - Dewan Bahasa & Pustaka
  2. Anugerah Pertama - Creative Enterprise
  3. Pei Pan - Utusan Publications & Distributions
  4. Tombiruo - Alaf 21
  5. Semangat Hutan - Alaf 21
  6. Tombiruo Terakhir - Alaf 21
  7. Ranggau - Alaf 21
  8. Mandatori - Alaf 21
  9. ADAM - Alaf 21
  10. Satu Janji - Alaf 21
  11. Bagaikan Puteri - Alaf 21
  12. Rahsia Perindu - Alaf 21
  13. Hatiku Di Harajuku - Alaf 21
  14. Cinta Sang Ratu - Alaf 21
  15. Hijab Sang Pencinta - Alaf 21
  16. Ungu Karmila - Alaf 21
  17. Personal Justice (ADAM versi Inggeris)- Alaf 21
  18. Mikhail - Alaf 21
  19. 9 Nyawa - Alaf21
  20. Cinta Sufi - Alaf21
  21. Rayyan Fantasi - Alaf21 
  22. Sutera Bidadari - Alaf21 (Bakal Diterbitkan)